AD (728x60)

Friday 18 April 2014

Domain VS Keyword

Share & Comment




Nama atau brand memang punya peranan yang sangat penting bagi sebuah perniagaan. Hanya kerana menjaga brand dan nama saja, pelbagai syarikat rela bermati-matian mempertahankan jenama jika ada pesaing yang cuba merampasnya. 

Saya ingin berkongsi tips memilih nama website untuk anda yang sedang mencari nama website. 

1 . Fahami Dulu Perniagaan anda

Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah memahami tentang perniagaan anda . Apakah perniagaan anda adalah perniagaan bermusim atau perniagaan yang tetap ?

Sebagai contoh, jika perniagaan anda adalah perniagaan bermusim , misalnya perniagaan kuih raya untuk Aidifitri, sebaiknya memakai "keywords" seperti "kuih raya" , "biskut raya" dan sebagainya .
Satu lagi perkara penting yang perlu anda tentukan ialah adakah anda hendak betul - betul membina syarikat atau sekadar membina perniagaan sampingan saja . Jika anda mahu membina sebuah syarikat , berusahalah untuk memakai jenama pada website anda.

2 . Jika Belum Dikenali , Disyorkan Memakai  Keywords

Branding bukanlah sesuatu yang mudah , apatah lagi untuk boleh mendapat tempat di hati pelanggan. Oleh yang demikian jika perniagaan anda baru bermula , belum dikenal maka sangat disyorkan agar menggunakan keywords .

Sebagai contoh, kalau anda menjual jam arah tawaf , maka gunakan kata kunci " Jam-Tawaf" pada nama dan alamat website anda .Keywords seperti ini akan memudahkan orang ramai tahu apa yang anda niagakan.

3 . Adakah anda Sanggup ?

Adakah anda sanggup dan bersedia memberi komitmen penuh untuk mengembangkan website anda? . Jika ya, jangan ragu-ragu untuk memulakan dengan nama brand pada website anda. Semasa anda memutusukan untuk memakai nama brand sebagai nama website, tanggung jawab akan menjadi lebih berat. Anda pun harus berusaha menjadikan brand itu dikenali dan boleh bersaing dengan pesaing lain.

4 . Membuat Dua Website , Kenapa Tidak ?

Tiada salahnya untuk anda cuba membuat pembaharuan dengan membuat dua website sekaligus. Website yang pertama adalah website untuk brand anda. Website ini anda perlu fokus memasarkan dan memperkenalkan perniagaan ( syarikat ) anda.

Website yang kedua  adalah website yang dibuat dengan tujuan membantu pemasaran website utama anda . Untuk website yang kedua ini , gunakan keywords. Dengan gabungan dua website tadi , anda boleh mendapatkan liputan promosi yang lebih luas; memperkenalkan syarikat disamping mendapatkan pelanggan-pelanggan yang menggunakan keywords.
Tags: , ,

Written by

Segala rekaan website, logo dan sebagainya adalah mengikut permintaan pelanggan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut melalui email : info@aflahgroup.com

0 comments:

Post a Comment

 

I Follow

Pemangkin Perniagaan Anda

Copyright © AFLAH INNOVATION | Designed by Templateism.com