AD (728x60)

Thursday, 24 April 2014

Blog Tutorial : Fungsi Stats

Share & Comment


Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang fungsi Stats dalam blog.
Stats ini adalah statistik, di mana anda boleh mengetahui sejauh mana blog anda dilihat oleh pengguna internet. Mari kita lihat apa yang ada dalam statistik blog kita.

  • Overview
  1. Graf di sebelah kiri menunjukkan bilangan blog kita dilihat atau diklik oleh pengguna internet.
  2.  Kita boleh lihat aktiviti statistik dalam masa sekarang, hari, minggu, bulan dan sepanjang masa. 
  3. Terdapat rumusan tentang Posts, dimana kita boleh tahu artikel mana yang lebih kerap dikunjungi. 
  4. Traffic Source adalah dimana blog kita dijumpai 
  5. Audience adalah pengguna yang melawati blog kita. Ia memaparkan dari mana pengunjung datang.
  • Posts
  1. Posts boleh menunjukkan secara terperinci artikel manakah yang paling banyak dikunjungi oleh pengunjung. 
  2. Dengan data ini, kita boleh mengarang artikel yang berkaitan dengan harapan lebih banyak pengunjung akan melawati blog kita
  •  Traffic sources
  1. Dengan Traffic Sources, kita boleh tahu laman web lain yang membuat link ke blog kita. 
  2. Search Keywords juga dapat membantu kita untuk membawa pengguna internet ke blog kita.
  • Audience
  1. Di sini, kita boleh mengetahui asal pengguna internet yang mengunjungi blog kita. 
  2. Biasanya asal negara. 
  3. Kita juga boleh mengetahui jenis carian (browser) yang digunakan oleh pengguna internet
  4. Kita juga boleh mengetahui Operating system pengunjung blog kita.
Dengan maklumat ini, kita boleh merancang aktivit-aktiviti yang membolehkan blog kita dikunjungi ramai pengunjung.  Antara aktiviti yang disyorkan adalah:-
  1.  Memuat naik lebih banyak artikel yang menarik minat pengunjung ke blog kita.
  2. Mendaftarkan blog kita di enjin carian yang popular.
  3. Merekebentuk blog kita sesuai dengan platform Operating System pengguna
  4. Kerapkan penggunaan Keyword yang membolehkan blog kita ditemui dengan mudah.
  5. Cuba menggunakan lebih daripada satu bahasa (walaupun kemungkinan pengunjung yang berada di luar negara adalah orang dari negara kita sendiri.
Selamat mencuba..
               
Tags: , ,

Written by

Segala rekaan website, logo dan sebagainya adalah mengikut permintaan pelanggan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut melalui email : info@aflahgroup.com

 

I Follow

Pemangkin Perniagaan Anda

Copyright © AFLAH INNOVATION | Designed by Templateism.com