1. Sediakan akuarium yang sesuai untuk udang anda. Sebaik-baiknya gunakan akuarium yang boleh menampung sekurang-kurangnya 10 gelen air. Untuk udang ini, hanya air tawar diperlukan.
2. Pastikan akuarium anda mempunya penutup yang sesuai. Udang Biru pandai meloloskan diri. Jika ada ruang keluar, udang ini pasti akan menemuinya.
3. Elakkan dari menggunakan "undergound filter". Sifat udang ini yang suka menggali akan merosakkan "filter" tersebut.
4. Kaedah memegang udang adalah pegang bahagian belakangnya. Penggunaan tangguk kecil juga lebih mudah. Udang ini medah lapar. Makanan yang sesuai adalah palet tenggelam, cacing dan sayuran.
5. Akuarium perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu kerana airnya cepat kotor; bergantung kepada pemakanannya. Walaupun begitu, penggunaan Filter buih boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan menukar air.
Tips:-
- Udang akan berjalan ke belakang dan mengangkat sepit mereka jika terancam.
- ELAKKAN makanan kucing atau mana-mana produk ikan dalam tin. Ikan dalam tin yang tinggi garam dan bahan pengawet dan sebenarnya LEBIH mahal daripada pelet udang yang akan bertahan lebih daripada setahun.
- Udang juga suka gua, jika anda boleh , dapatkan sebuah gua kecil untuk akuarium anda.
- Udang yang tua akan makan pada waktu malam dan yang lebih muda akan makan siang hari.
- Jika anda ingin membiak udang, anda perlu mencari udang yang tidak bergaduh antara satu sama lain dan yang berinteraksi dengan baik.
- Udang suka keadaan gelap. Letakkan akuarium udang di ruang teduh yang gelap.
- Udang dalam akuarium biasanya hidup hanya kira-kira 2-3 tahun, tetapi dengan rawatan yang betul mereka boleh hidup untuk 7-8 tahun.
- Udang adalah haiwan yang menjaga wilayahnya. Menyimpan pelbagai udang kara dalam satu tangki adalah tidak digalakkan. Jangan campurkan mereka dengan ikan yang cukup kecil bagi mereka untuk makan atau ikan yang cukup besar untuk memakan mereka.
- Berhati-hai dengan sepitnya.
Berminat untuk memelihara Udang Biru??
Hubungi saya untuk mendapatkan udang bersaiz 2-3 inci dengan harga RM5.00 seekor (mengikut saiz)
0 comments:
Post a Comment