Udang Biru (RedClaw) Betina Tukar Kulit
Udang Biru (RedClaw) Jantan Tukar Kulit
Bagi anda yang memelihara udang ini dalam aquarium, jangan terkejut kadang-kadang nampak udang ni macam nak mati... atau terjumpa kulit udang (macam udang mati). Sebenarnya udang adalah salah satu jenis haiwan yang akan bertukar kulit bila nak membesar. Maklumla baju dah tak muat.
Bila saiz udang dah tak boleh muat dengan kulitnya, udang ini akan menimpan seketul kalsium (macam batu)
kalsium yang terhasil semasa proses tukar kulit |
untuk kegunaan kulit yang baru. udang ni kalau tukar kulit dari ke sesungut sampai ke ekor "complete set". kalau sepit dia dah patah, masa ni sepit dia tumbuh balik, tapi tak sebesar nisbah badan dia.
Jika udang yang anda bela ini cukup keperluan makanan harian dan suhu yang tidak panas, udang akan lebih kerap bertukar kulit kerana tumbesarannya semakin cepat. Beri udang anda makanan yang mempunyai kadar protien yang tinggi supaya udang cepat membesar.
0 comments:
Post a Comment