contoh laman web popular..hahaha |
Jika tidak saya nak kongsikan 3 tips supaya website anda mempunyai ramai pengunjung:-
1. Isi yang MENGAGUMKAN
2. Design yang SMART
3. Optimumkan dengan SEARCH ENGINE
1. Isi yang MENGAGUMKAN
- Isikan laman web anda dengan subjek yang anda sangat tahu, seolah-olah andalah pakar untuk subjek tersebut. Contohnya jika anda pakar tentang Jam Tawaf, isikan laman web anda tentang perkara - perkara yang sangat menarik tentang Jam Tawaf seperti kebaikannya, keunikannya dan lain-lain.
- Hindarkan dari tersalah maklumat. Anda tidak akan tahu siapa pelawat laman web anda. Jika maklumat yang anda bekalkan betul, kemungkinan besar pelawat akan mengongsikan laman web anda kepada rakan mereka yang lain.
- Kongsilah maklumat yang berkualiti, bukan kuantiti. Setiap maklumat yang berkualiti pasti ditunggu-tunggu oleh pelawat laman web anda.
- Sentiasa update laman web anda secara rutin. Contohnya anda akan berkongsi maklumat terbaru setiap hari Khamis, membuatkan pelawat laman web anda akan sentiasa melawat laman web anda setiap minggu. Contohnya laman web kartun "Naruto" dan "One Piece" hehehehe.
2. Design yang SMART
- Jadikan laman web anda mudah dilihat oleh pelawat. Gunakan Font yang sesuai dan saiz font yang sesuai. Hindarkan dari menggunakan tulisan yang terlampau fancy sehingga tidak difahami.
- Amalkan rekabentuk laman web yang simple. Elakkan dari menggunakan grafik yang melampau sehingga mengaburi objektif laman web anda. Penggunaan grafik yang tidak dikawal akan menyebabkan laman web anda lambat dibaca oleh pelawat.
- Kekalkan theme yang konsisten. Jika menu terletak di bahagian atas laman web, kekalkan ia di setiap page supaya pelawat tidak tercari-cari.
- Jangan risau tentang ruang kosong yang ada di laman web anda. Ruang kosong ini membolehkan pelawat laman web anda membaca isi laman web dengan fokus dan objektif anda lebih mudah dicapai. Jika anda isi ruang kosong ini dengan iklan, maka kefokusan pelawat tidak tidak dapat dimaksimumkan.
- Guna ayat yang pendek dan mudah.....
3. Optimumkan dengan SEARCH ENGINE
- Guna kata kunci (keyword) yang popular dicari di enjin carian. Letakkan kata kunci sebagai tajuk, URL dan meta-tags. Kata kunci ini perlu digunakan selalu supaya enjin carian lebih mudah menyenaraikan laman web anda pada ranking lebih tinggi.
- Kaedah lama adalah dengan membuat link kepada laman web anda. Cara yang mudah dan percuma adalah dengan mendaftarkan laman web anda pada laman-laman web percuma yang kerap dilawati pengguna.
- Sentiasalah perbaharui isi laman web anda. Pelawat amat suka pengisian-pengisian terbaru. Dengan membuatkan pelawat sentiasa kembali ke laman web anda, enjin carian akan tahu bahawa laman web anda masih aktif dan akan menaikkan ranking lebih tinggi.
- Gunakan nama domain yang HEBAT!!!!. Pilih nama domain yang simple, mudah dieja dan dibaca, berkaitan dengan objektif laman web anda dan mudah diingat.
0 comments:
Post a Comment