Nama atau brand memang punya
peranan yang sangat penting bagi sebuah perniagaan. Hanya kerana menjaga brand
dan nama saja, pelbagai syarikat rela bermati-matian mempertahankan jenama jika
ada pesaing yang cuba merampasnya.
Saya ingin berkongsi tips memilih
nama website untuk anda yang sedang mencari nama website.
1 . Fahami Dulu Perniagaan
anda
Perkara pertama yang perlu anda
tahu ialah memahami tentang perniagaan anda . Apakah perniagaan anda adalah
perniagaan bermusim atau perniagaan yang tetap ?
Sebagai contoh, jika perniagaan
anda adalah perniagaan bermusim , misalnya perniagaan kuih raya untuk
Aidifitri, sebaiknya memakai "keywords" seperti "kuih raya"
, "biskut raya" dan sebagainya . Satu lagi perkara penting yang
perlu anda tentukan ialah adakah anda hendak betul - betul membina syarikat
atau sekadar membina perniagaan sampingan saja . Jika anda mahu membina sebuah
syarikat , berusahalah untuk memakai jenama pada website anda.
2 . Jika Belum Dikenali ,
Disyorkan Memakai Keywords
Branding bukanlah sesuatu yang
mudah , apatah lagi untuk boleh mendapat tempat di hati pelanggan. Oleh yang
demikian jika perniagaan anda baru bermula , belum dikenal maka sangat
disyorkan agar menggunakan keywords .
Sebagai contoh, kalau anda
menjual jam arah tawaf , maka gunakan kata kunci " Jam-Tawaf" pada
nama dan alamat website anda .Keywords seperti ini akan memudahkan orang ramai
tahu apa yang anda niagakan.
3 . Adakah anda Sanggup ?
Adakah anda sanggup dan bersedia
memberi komitmen penuh untuk mengembangkan website anda? . Jika ya, jangan
ragu-ragu untuk memulakan dengan nama brand pada website anda. Semasa anda
memutusukan untuk memakai nama brand sebagai nama website, tanggung jawab akan
menjadi lebih berat. Anda pun harus berusaha menjadikan brand itu dikenali dan
boleh bersaing dengan pesaing lain.
4 . Membuat Dua Website ,
Kenapa Tidak ?
Tiada salahnya untuk anda cuba
membuat pembaharuan dengan membuat dua website sekaligus.Website yang pertama adalah website untuk
brand anda. Website ini anda perlu fokus memasarkan dan memperkenalkan
perniagaan ( syarikat ) anda.
Website yang kedua adalah
website yang dibuat dengan tujuan membantu pemasaran website utama anda . Untuk
website yang kedua ini , gunakan keywords. Dengan gabungan dua website tadi
, anda boleh mendapatkan liputan promosi yang lebih luas; memperkenalkan
syarikat disamping mendapatkan pelanggan-pelanggan yang menggunakan keywords.
Segala rekaan website, logo dan sebagainya adalah mengikut permintaan pelanggan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut melalui email : info@aflahgroup.com
0 comments:
Post a Comment